Peranan TNI Tentera Nasional Indonesia

Menurut undang-undang Tentera Nasional Indonesia (TNI), Artikel 2 menyatakan:

  • Tentera Raykat: tentera yang terdiri daripada warganegara Indonesia.
  • Tentera Pertempuran: tentera yang berjuang untuk memeliharakan negara Republik Indonesia dan yang tidak mengenal penyerahan dalam pelaksanaan dan penyelesaian tugas mereka.
  • Tentera Nasional: tentera yang bertugas untuk mengutamakan kepentingan negara, berbanding kepentingan daerah, suku kaum, ras, dan golongan agama.
  • Tentera Profesional: tentera terlatih dan terdidik yang dilengkapkan sepenuhnya, dan yang tidak terlibat, baik dalam politik mahupun dalam perniagaan. Mereka mematuhi dasar politik negara yang mendukung prinsip demokrasi, keagungan sivil, hak asasi manusia, serta peruntukan undang-undang negara dan undang-undang antarabangsa yang telah diratifikasi. Kebajikan mereka dijamin.